SOCIAL MEDIA

Wednesday, March 16, 2011

Hari Yang Cari Gaduh

Tak tau la kenapa.
Hari ni emosi saya asyik terganggu, asyik nk cari gaduh je.

Macam semua orang ada buat salah.
PMS ke?

Dapat mesej 3 ayat pun, boleh cari byk point untuk gaduh, just from that message. So, baik jangan reply, lagi teruk keadaan nanti.

Hari ni pkai kasut yang berbunyi2, jadi jalan bunyi macam garang.
Kadang2 tu, sbb mmg tgh geram dengan orang, maka saya jalan laju, maka lagi kuat la bunyi heels kasut, jadi la bunyi mcm cikgu disiplin, cuma bezanya sy pegang botol air, bukan rotan.

Pagi2 lagi dah ada orang mcm nak cari pasal, sedih sangat.
Hari ni sy banyak belanja, beli makanan dan minuman.
Sebab nak menggembirakan diri sndiri.

Beli cappucino mahal la, beli NIPS la, beli cheese tart la, beli susu la... Nasib baik x beli coklat lebih2 kt EMO.

Sekarang dh lewat malam, sy kena tido.
Esok ada lecture muscles of lower limb, oh! Gler punya lecture..
Pagi tadi muscles of upper limb, mcm bomb! Dengan mengantuk lagi...banyak hamba2 Allah yg bergayut kt kelopak mata. Bila tampar pipi, sendiri sakit, bukannya diorg yg sakit.

Okay, jom tido...
Harap2 mlm ni x mimpi gaduh dengan orang.
Kak Ra kata sy pernah mengigau gaduh dengan org, bila dia tnya sy tengah gaduh dgn siapa, boleh pulak tengah mengigau tu sy jwb dia sy tgh gaduh dengan ___*ada la*_________.

Esok sy nak bangun happy, walaupun kerja yang menanti boleh kalahkan ketinggian KLCC.
Sy tetap, mesti dan kena bangun dengan happy.
InsyaAllah...

-Kerana hidup adalah ujian-


-AkMaR-
sedang merapu dalam Bahasa Malaysia

http://nur-akmar.blogspot.com

2 comments :

  1. akmarrrrrrrrrrrrrr. ni kenapa time ni? haha.kaw jarang gilak elmo-si tak tentu pasal. *ke selalu just aku je yg tak sedar* :P :P

    ReplyDelete
  2. Time ni....Time PMS kot.
    Ni hari after GWC and before MACMA Camp.
    Tahap kerja bertimbun melampau waktu tu.

    Haha.. Skg okay dh...
    :)

    ReplyDelete